InfoDuniaSekarang

  • Home
  • About us
  • Mega menu
MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.
Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.
Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
alvinwm
Status Alvin Tan yang menghina kejadian kren tumbang di Mekah semalam.
“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.
“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” ‪#‎FikirFikirkanlah‬ ‪#‎AllahBacul‬
Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu agama di dunia ini.
Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.
Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di kawasan kakinya itu.


WMOMEN
Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah dengan ramai netizen.
Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan bersuara.



SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat.
Menurut laporan media tempatan, lelaki yang dikenali sebagai Qin itu telah memuat naik gambar yang mengerikan tersebut pada ahad lalu sebelum ia menjadi viral.
Pihak berkuasa segera memberkas lelaki itu dalam masa beberapa jam selepas kejadian tersebut.
Menerusi gambar itu, Qin bertindak baring di sebelah mayat kekasihnya yang dikenali sebagai Lin dengan kapsyen ‘Please forgive my selfish love’ di Wechat.
Gambar yang dimuat naik di Wechat lelaki itu.
Gambar yang dimuat naik di Wechat lelaki itu.
Lelaki itu seolah-olah tidak rela melepaskan teman wanitanya kepada lelaki lain jika dia tidak berjaya memiliki cinta wanita itu.
Pihak polis mengesahkan wanita itu dibunuh selepas mereka berdua bertengkar
Gambar yang dimuat naik di Wechat lelaki itu.


Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti kerana perkara tersebut dapat mengukuhkan lagi jenama mereka di dalam industri hiburan tanah air.
Kini, giliran Nora Danish pula untuk muncul dengan jenama tudungnya tersendiri dan semalam, pelakon ini sudah mula berkongsikan beberapa keping gambar sesi fotografi produknya itu di Instagram. Hebat ibu tunggal ini, walau sedang dilanda kontroversi, masih gagah melangkah.
Semoga usaha Nora dalam meneraju pasaran busana muslimah akan mendapat tempat di hati peminat dan mampu bersaing dengan jenama yang lain. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar Nora yang manis bertudung bersama anda.

















Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.

 
Video dan gambar detik cemas kren tumbang di Masjidil Haram
Posted by Bulletin Media on Friday, September 11, 2015

“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.

“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.

“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.

Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.

Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.

Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.

Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut.







Lahir pada 27 Disember 2005, Kristina Pimenova adalah budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia.


Kristina Pimenova adalah anak bongsu Glikeriya Shirokova dan pemain bola Russia, Ruslan Pimenov yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak termasuk FC Dinamo Minsk, FC Lokomotiv Moscow serta pasukan bola sepak kebangsaan Russia.

Ruslan Pimenov


Kristina lahir di Moscow tetapi berpindah bersama ibubapa nya ke Perancis ketika berumur tiga bulan. Mereka menetap di sana selama setahun.

Kristina memulakan kerjanya sebagai model pada tahun 2009. Dia juga mempunyai lebih 3 juta peminat di laman Facebook dan lebih 800,000 pengikut di Instagram. Kedua-dua akaun media sosial Kristina diurus oleh ibunya.



Kristina dan Ibunya

Baru-baru ini pelakon Tasha Shilla mencetuskan kontroversi dengan penampilan baju 'tak cukup' kain ketika menghadiri satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Fesyennya yang mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya itu menarik perhatian salah seorang pakar agama untuk menegur perbuatan Tasha Shilla itu.

Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, selain perlu mengikut garis panduan pemakaian mengikut Islam.

Apatah lagi cara pemakaian sebegitu juga secara tidak langsung menyumbang dosa kepada mereka yang melihatnya.

"Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

"Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.




Malah Tuan Asmawi mahu pihak-pihak agama mengambil perhatian serius terhadap fesyen artis agar tidak meniru fesyen artis-artis barat.

"Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

"Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure,"
 tegurnya.







Newer Posts Older Posts Home

2015

Auto Backlink : OoneSeem

About Me

Category List

  • Artis
  • Dunia
  • MH370
  • Politik

Popular Posts

  • MENARIK!!!Budak Perempuan YangPaling Cantik di Dunia
    Lahir pada 27 Disember 2005, Kristina Pimenova adalah budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Kristina Pimenova ada...
  • TERBARU!!!Gambar Kren Terbalik Di MAKKAH
    Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian...
  • ULASAN TERKINI DARI TUN DR M, SERANGAN TERBARU
    PILIHANRAYA KECIL 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini...
  • International The Timeline for Missing Flight MH370
    Nearly a week after Malaysian Airlines Flight MH370 went missing, officials are still at a loss for what happened to the jetliner ca...
  • PANAS!!!12 Gambar Nora Yang Membuatkan Kita Jatuh Cinta
    Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti k...
  • Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
    Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak k...
  • PANAS!!!Muatnaik Gambar Mayat Selepas Membunuh
    SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat. Me...
  • LAGU TEMAN CHEQ SAYANG CIKGU PADA HARI GURU KE-44 2015
    Lagu hari guru versi kedah pulak.. hehe..
  • Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
    Gambar hiasan HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa mem...
  • Gambar Manohara Seksi Bersama Suami Barunya
    Gosip diantara Manohara dengan Gabenor di Indonesia semakin banyak diperkatakan.Mereka dikatakan mula rapat sejak beberapa bulan yang ...

Blog Archive

  • ▼  2015 (18)
    • ▼  September (7)
      • BIADAP!!!Alvin Tan Menghina Tragedi Kren Runtuh
      • PANAS!!!Muatnaik Gambar Mayat Selepas Membunuh
      • PANAS!!!12 Gambar Nora Yang Membuatkan Kita Jatuh ...
      • TERBARU!!!Gambar Kren Terbalik Di MAKKAH
      • MENARIK!!!Budak Perempuan YangPaling Cantik di Dunia
      • PANAS!!!!Ustaz Tegur Pakaian Seksi Tasha Shilla, T...
      • TERBARU!!!Doktor TERKEJUT Temui SESUATU Dalam Mulu...
    • ►  May (11)
  • ►  2014 (1)
    • ►  April (1)

ADs

Today Online

Click untuk hilangkan

Powered by Blogger.
  • Home

About

Popular Posts

  • MENARIK!!!Budak Perempuan YangPaling Cantik di Dunia
    Lahir pada 27 Disember 2005, Kristina Pimenova adalah budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Kristina Pimenova ada...
  • TERBARU!!!Gambar Kren Terbalik Di MAKKAH
    Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian...
  • ULASAN TERKINI DARI TUN DR M, SERANGAN TERBARU
    PILIHANRAYA KECIL 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini...
  • International The Timeline for Missing Flight MH370
    Nearly a week after Malaysian Airlines Flight MH370 went missing, officials are still at a loss for what happened to the jetliner ca...
  • PANAS!!!12 Gambar Nora Yang Membuatkan Kita Jatuh Cinta
    Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti k...
  • Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
    Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak k...
  • PANAS!!!Muatnaik Gambar Mayat Selepas Membunuh
    SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat. Me...
  • LAGU TEMAN CHEQ SAYANG CIKGU PADA HARI GURU KE-44 2015
    Lagu hari guru versi kedah pulak.. hehe..
  • Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
    Gambar hiasan HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa mem...
  • Gambar Manohara Seksi Bersama Suami Barunya
    Gosip diantara Manohara dengan Gabenor di Indonesia semakin banyak diperkatakan.Mereka dikatakan mula rapat sejak beberapa bulan yang ...

Labels

  • Artis
  • Dunia
  • MH370
  • Politik
Copyright © 2015 InfoDuniaSekarang

Created By ThemeXpose | Distributed By Blogspot Templates