InfoDuniaSekarang

  • Home
  • About us
  • Mega menu

Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidinsemalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak kepada tuan rumah.

Penyokong tuan rumah yang berang selepas tamat perlawanan itu, bertindak liar apabila mereka mula merosakkan kemudahan yang ada pada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Pintu masuk utama di stadium tersebut pecah, dan sebahagian besar tempat duduk rosak manakala ambulans dilihat terbakar.

Terdapat juga kanak-kanak yang terkena objek yang dibaling penyokong, manakala anggota polis dilihat terbaring disebabkan cedera di kepala.
Amukan penyokong itu dikatakan berlaku selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.
Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada minit 21 dan minit 45 dan Norshahrul Idlan Talaha di minit 59.

Namun, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.


Punca Amukan Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Punca kejadian itu berlaku berikutan rasa tidak puas hati para penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.

Sehingga pada jam 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Pada jam 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.

Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan kawasan stadium.

Namun, masih ada juga yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejak dan mempamerkan isyarat lucah. 

Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Meriahnya majlis malam berinai Lana Nodin dan David McKenzie ini. Siap ada hulubalang bagai. Tambah menarik kesemua hulubalang mempunyai badan yang sado. Majlis ini berlangsung di hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dengan bertemakan Puteri Gunung Ledang. Lana tampak jelita sementara kekacakan David tidak boleh dinafikan lagi.

lana nodin malam berinai
Kalau majlis malam berinai pun dah sehebat dan segah ini, tak dapat bayangkan majlis pernikahan serta majlis resepsi bakal pengantin baru ini nanti. Pasti super duper awesome. Mungkin mencapai taraf wedding of the year. Sama-samalah kita nantikan.
lana nodin malam berinai
Diharap Wak Doyok tidak merecik melihat gambar-gambar majlis malam berinai Lana Nodin dan David McKenzi ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar AvicennaStudio.
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
lana nodin malam berinai
Lagu hari guru versi kedah pulak.. hehe..






KANTOI, GELAGAT LELAKI GAMBAR BAWAH SKIRT WANITA DI KOMUTER DIRAKAM (VIDEO) | Oleh kerana keadaan komuter yang padat, lelaki berbaju kuning ini selamba sahaja merekod video bawah skirt seorang perempuan yang berdiri membelakanginya.

Tetapi, perbuatannya itu telah terkantoi setelah seorang penumpang lain merakam aksi dia ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.

Memang keji betul sikap lelaki berbaju kuning ini. Para wanita yang menaiki komuter, silalah berhati-hati. Kalau boleh, janganlah pakai skirt pendek jika nak naik komuter.
Disini saya mahu rakyat Malaysia bandingkan minyak petrol yang telah diambil dari semua company petrol diMalaysia untuk dibuat kajian. 
Dibawah ini ada gambar untuk anda semua bandingkan.






p/s:jadilah penguna yang bijak
 


Batasan pada hari mengundi

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau
jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.


Ulasan Pengembala ;

PR Kena kaji balik kenapa kalah, kenapa dalam 2 PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan peratus mengundi sangat rendah. Apapun ada perkara yang mencuri tumpuan ramai apabila timbalan menteri nih dengan selamba badaknya memakai baju cap dacing masuk tempatr mengundi.

Asal melibatkan UMNO takpa. Kalau pembangkang mesti laju ja SPR bagi warning. Dari dulu sampai sekarang sikap double standart tu takleh buang. Terang-terang timbalan menteri nih langgar peraturan pilihan raya kalau SPR duduk diam juga memang UMNO lah SPR nih.

gambar manohara seksi

Gosip diantara Manohara dengan Gabenor di Indonesia semakin banyak diperkatakan.Mereka dikatakan mula rapat sejak beberapa bulan yang lalu,malah banyak gambar-gambar diantara mereka tersebar luas di internet.

Salah satu gambar yang kami dapat menunjukkan kemesraan Manohara dengan Gabenor terbabit di atas kapal pelayaran dengan mengenakan baju yang agak seksi.Hubungan mereka masih menjadi teka-teki.

Adakah mereka sudah berkahwin atau tidak,kami tidak mengetahui.Akan kami update dari masa ke semasa hubungan diantara mereka ini.



Kereta mewah dengan nombor plat khas "PENANG" untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang di Hong Kong.

Persoalan:

1. Siapa pemilik sebenar kereta ini?

Mengikut siasatan dan maklumat diperolehi dari Hong Kong, pemilik kereta ini membayar sejumlah HK$ 5000 untuk memperoleh nombor khas berkenaan pada 9 April 2012.



2. Apakah kereta mewah dengan nombor plat "PENANG" ini disediakan khas untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang oleh Kerajaan Hong Kong apabila beliau ke sana? Jika tidak disediakan oleh Kerajaan Hong Kong, apakah ia disediakan oleh individu tertentu atau syarikat tertentu di sana?

3. Apakah Kerajaan Hong Kong menyediakan kenderaan yang serupa untuk semua pemimpin luar yang berkunjung ke sana?



Isu dibangkitkan oleh Adun BN Sungai Acheh Dato' Mahmud Zakaria.




PILIHANRAYA KECIL

1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU

14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.

29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Nearly a week after Malaysian Airlines Flight MH370 went missing, officials are still at a loss for what happened to the jetliner carrying 239 people.
What the fate and the location of the plane remains a mystery, investigators have been able to reconstruct is a timeline of the plane's last contacts. 


  • 12:41 a.m.: Malaysia Airlines Flight MH370 takes off from Kuala Lumpur International Airport in Malaysia heading for Beijing, China. The plane shows up on radar two minutes after taking off.
  • 1:07 a.m.: The last automated data transmission is sent from the plane. U.S officials told ABC News they believe that sometime after this transmission the data reporting system was shut down. Sometime after this transmission Kuala Lumpur's air traffic control tells the plane's pilot they are handing off to air traffic control based in Ho Chi Minh City, Vietnam. The pilot responds, "All right. Good night."
  • 1:21 a.m.: The plane's transponder, which transmits location and altitude, shuts down. Sources told ABC News that U.S. officials are “convinced that there was a manual intervention.”
  • 1:22 a.m.: MH370 should have come to the navigational way-point called Igari point. Before it reached this point, Vietnamese air traffic control noticed they had lost contact with MH370, according to the Vietnam’s Civil Aviation Authority.
  • 1:30 a.m.: The last moment that the plane was seen by Malaysian radar.
  • 1:38 a.m.: Air traffic control in Ho Chi Minh City informs Kuala Lumpur air traffic control about the signal loss. Ho Chi Minh City asks two other planes to contact MH370. Neither plane is able to raise the pilot of MH370. At least of the planes report getting a “buzz signal” and no voices, then losing the signal.
  • 2:15 a.m.: A Malaysian military defense radar pick up a plane that is hundreds of miles west of MH370’s last contact point. It’s unclear if that is the missing plane.
  • Following hours: In the hours after contact was lost MH370 "pings" a satellite several times. It's not clear if those pings include data that could reveal the plane's location.
  • 6:32 a.m.: A broadcast call was made from Kuala Lumpur's air traffic control on emergency frequencies asking MH370 to call them.
  • 6:51 a.m.: A broadcast call was made from Ho Chi Minh City's air traffic control on emergency frequencies asking MH370 to call them.

Gambar hiasan

HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa memakan babi.

Menurut suratkhabar Denmark, Politiken, pelajar tersebut yang tidak dedahkan namanya diberitahu supaya memakan makanan yang dimasaknya seperti pelajar-pelajar kulinari yang lain.

Pelajar tersebut berusia 24 tahun tersebut berasal dari Libya dan telah dibawa ke Denmark ketika beliau masih seorang bayi.

Beberapa hidangan yang dimasak pelajar-pelajar kulinari sekolah kulinari Holstebro tersebut mengandungi daging babi.

Difahamkan, pelajar tersebut yang enggan untuk makan masakannya kemudian disuruh untuk merasainya dan tidak menelan makanan tersebut.

Pelajar tersebut merakam pertelingkahan tersebut dan kemudian menyerahkan kepada pihak mahkamah sebagai bahan bukti.

Sekolah kulinari tersebut diarah memberi pampasan USD75,000 namun telah dicabar di Mahkamah Tinggi Danish, dimana pampasan dikurangkan kepada USD 6,000.

- Sumber: Politiken, via Sinar Harian 
Newer Posts Older Posts Home

2015

Auto Backlink : OoneSeem

About Me

Category List

  • Artis
  • Dunia
  • MH370
  • Politik

Popular Posts

  • MENARIK!!!Budak Perempuan YangPaling Cantik di Dunia
    Lahir pada 27 Disember 2005, Kristina Pimenova adalah budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Kristina Pimenova ada...
  • TERBARU!!!Gambar Kren Terbalik Di MAKKAH
    Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian...
  • ULASAN TERKINI DARI TUN DR M, SERANGAN TERBARU
    PILIHANRAYA KECIL 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini...
  • International The Timeline for Missing Flight MH370
    Nearly a week after Malaysian Airlines Flight MH370 went missing, officials are still at a loss for what happened to the jetliner ca...
  • PANAS!!!12 Gambar Nora Yang Membuatkan Kita Jatuh Cinta
    Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti k...
  • Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
    Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak k...
  • PANAS!!!Muatnaik Gambar Mayat Selepas Membunuh
    SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat. Me...
  • LAGU TEMAN CHEQ SAYANG CIKGU PADA HARI GURU KE-44 2015
    Lagu hari guru versi kedah pulak.. hehe..
  • Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
    Gambar hiasan HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa mem...
  • Gambar Manohara Seksi Bersama Suami Barunya
    Gosip diantara Manohara dengan Gabenor di Indonesia semakin banyak diperkatakan.Mereka dikatakan mula rapat sejak beberapa bulan yang ...

Blog Archive

  • ▼  2015 (18)
    • ►  September (7)
    • ▼  May (11)
      • Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Miza...
      • (20 GAMBAR)Sekitar Majlis Malam Berinai Lana Nordi...
      • LAGU TEMAN CHEQ SAYANG CIKGU PADA HARI GURU KE-44 ...
      • Kantoi, Gelagat Lelaki Ambil Gambar Bawah Skirt Wa...
      • Bandingkan Minyak Petrol Anda
      • Kalau Pemimpin Pembangkang Yang Buat Macam Nih Sah...
      • Gambar Manohara Seksi Bersama Suami Barunya
      • GUAN ENG TERDEDAH LAGI!!! SIAPA BIAYAI KEMEWAHAN D...
      • ULASAN TERKINI DARI TUN DR M, SERANGAN TERBARU
      • International The Timeline for Missing Flight MH370
      • Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
  • ►  2014 (1)
    • ►  April (1)

ADs

Today Online

Click untuk hilangkan

Powered by Blogger.
  • Home

About

Popular Posts

  • MENARIK!!!Budak Perempuan YangPaling Cantik di Dunia
    Lahir pada 27 Disember 2005, Kristina Pimenova adalah budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Kristina Pimenova ada...
  • TERBARU!!!Gambar Kren Terbalik Di MAKKAH
    Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 107 meninggal dunia manakala 238 mengalami kecederaan dalam kejadian...
  • ULASAN TERKINI DARI TUN DR M, SERANGAN TERBARU
    PILIHANRAYA KECIL 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini...
  • International The Timeline for Missing Flight MH370
    Nearly a week after Malaysian Airlines Flight MH370 went missing, officials are still at a loss for what happened to the jetliner ca...
  • PANAS!!!12 Gambar Nora Yang Membuatkan Kita Jatuh Cinta
    Pengikut di laman sosial yang ramai serta peminat setia merupakan satu peluang yang sepatutnya diberi perhatian oleh golongan selebriti k...
  • Amukan Penyokong Terengganu Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
    Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak k...
  • PANAS!!!Muatnaik Gambar Mayat Selepas Membunuh
    SEORANG lelaki diberkas oleh pihak polis di China selepas membunuh kekasihnya dan memuat naik gambar mayat di aplikasi mesej Wechat. Me...
  • LAGU TEMAN CHEQ SAYANG CIKGU PADA HARI GURU KE-44 2015
    Lagu hari guru versi kedah pulak.. hehe..
  • Diberi pampasan kerana dipaksa makan babi
    Gambar hiasan HOLSTEBRO - DENMARK. Seorang pelajar wanita Islam diberikan pampasan sebanyak USD 6,000 (RM21, 674) selepas dipaksa mem...
  • Gambar Manohara Seksi Bersama Suami Barunya
    Gosip diantara Manohara dengan Gabenor di Indonesia semakin banyak diperkatakan.Mereka dikatakan mula rapat sejak beberapa bulan yang ...

Labels

  • Artis
  • Dunia
  • MH370
  • Politik
Copyright © 2015 InfoDuniaSekarang

Created By ThemeXpose | Distributed By Blogspot Templates