Hasil siasatan pasukan siasatan telah mendedahkan maklumat terbaru berhubung kehilangan MH370 8 Mac lalu.
Laporan ekslusif yang dikeluarkan New Straits Times hari ini,
pihak berkuasa mendedahkan maklumat berhubung pembantu juruterbang,
Fariq Ab Hamid membuat satu panggilan telefon semasa persawat itu terbang pada ketinggian 5.000 kaki melalui Pulau Pinang.
Menurut laporan itu,
panggilan telefon berjaya dilakukan berikutan pesawat terbang cukup rendah dan
sehinggakan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.
Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan
penyiasat masih menyiasatan dengan terperinci ke atas maklumat tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan seramai 205 orang saksi dipanggil untuk memberi
keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.
Menurut beliau, pihak polis telah memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas
insiden kehilangan pesawat tersebut.
maklumat dari:Sinar Harian
