Amukan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidinsemalam dikatakan berpunca daripada mutu pengadilan yang tidak berpihak kepada tuan rumah.
Penyokong tuan rumah yang berang selepas tamat perlawanan itu, bertindak liar apabila mereka mula merosakkan kemudahan yang ada pada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.
Pintu masuk utama di stadium tersebut pecah, dan sebahagian besar tempat duduk rosak manakala ambulans dilihat terbakar.
Terdapat juga kanak-kanak yang terkena objek yang dibaling penyokong, manakala anggota polis dilihat terbaring disebabkan cedera di kepala.
Amukan penyokong itu dikatakan berlaku selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada minit 21 dan minit 45 dan Norshahrul Idlan Talaha di minit 59.
Namun, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.
Punca Amukan Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Punca kejadian itu berlaku berikutan rasa tidak puas hati para penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.
Sehingga pada jam 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.
Sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Pada jam 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.
Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan kawasan stadium.
Namun, masih ada juga yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejak dan mempamerkan isyarat lucah.
No comments:
Post a Comment